GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Omar Ahmad

Kota Tinggi : Melepak dan berjalan tanpa alasan munasabah, tiga lelaki warga asing yang memakai gelang putih ditahan di sekitar kawasan rumah kedai di Taman Kota Jaya, di sini, 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, mereka terdiri daripada seorang warga Bangladesh dan dua warga India, berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun, Katanya, mereka ditahan kerana gagal memakai gelang putih (tag) kuarantin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menutup gelang itu dengan cara memakai baju berlengan panjang dan juga menutupnya dengan jam tangan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020," katanya.

Jelas Hussin, pihak majikan tiga warga asing juga diambil tindakan kompaun kerana gagal mengawal selia pekerja di bawah pengawasan kuarantin di rumah.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Februari 2021 @ 9:35 AM