Rumah yang didiami Kanak-kanak yang ditemui mati dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya di Taman Krubong Jaya, Melaka. Foto Ihsan Polis
Rumah yang didiami Kanak-kanak yang ditemui mati dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya di Taman Krubong Jaya, Melaka. Foto Ihsan Polis
Amir Mamat


Melaka: Dua anak kepada pasangan ditahan selepas dipercayai mendera kanak-kanak lelaki sehingga mati, masih ditempatkan sementara di Hospital Melaka bagi menjalani pemeriksaan kesihatan sejak Ahad lalu.

Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar berkata, kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia dua dan empat tahun itu belum boleh dibawa ke mahkamah bagi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapatkan hak penjagaan sementara.

"Mereka masih mendapatkan pemeriksaan kesihatan di Hospital Melaka dan apabila semuanya selesai, JKM negeri akan membawa mereka ke mahkamah untuk membolehkan tuntutan hak penjagaan sementara dikeluarkan sebelum menghantar mereka ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras.

"Setakat ini belum boleh (mendapatkan hak penjagaan sementara) kerana beberapa proses pemeriksaan kesihatan terhadap mereka sedang dilakukan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahad lalu, JKM negeri akan mengemukakan permohonan kepada mahkamah bagi mendapatkan hak penjagaan sementara terhadap dua beradik berkenaan.

Permohonan itu dibuat bagi memastikan kebajikan dua beradik berkenaan sentiasa dijaga susulan insiden menyayat hati yang berlaku dalam keluarga terbabit baru-baru ini.

Latipah berkata, dua beradik itu tidak diberikan penjagaan sementara kepada nenek kandung yang tinggal di Simpang Bekoh, Jasin kerana keadaannya yang sudah uzur serta tidak mampu menjaga mereka.

Katanya, dua beradik berkenaan tidak akan dipisahkan dan ditempatkan di pusat kebajikan sama, manakala tempoh jagaan sementara di rumah kebajikan terbabit bergantung kepada keadaan keluarga mereka serta keputusan pihak polis.

"Sekiranya semua baik, kita akan serahkan semula dua beradik itu kepada keluarga kandung mereka," katanya.

Berita berkaitan:

  • Tunggu Ummi, Abah di syurga - Ibu angkat
  • Jenazah kanak-kanak dipercayai didera selamat dikebumikan
  • Jenazah kanak-kanak dituntut keluarga kandung
  • Lebam, luka lama dan baru pada badan mangsa - Polis
  • JKM mohon jaga dua adik-beradik mangsa dipercayai didera
  • Bantal busuk pengganti adik - Norlida
  • Ibu kandung pernah terima rawatan psikiatri - Polis
  • 'Mangsa sering bersendirian, termenung' - Jiran
  • 'Saya menyesal... sepatutnya saya pertahankan Adik'
  • Suami isteri disyaki dera anak sampai mati direman
  • 'Tidak kasihan ke individu itu kepadanya?'
  • Budak maut didera
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2021 @ 7:37 PM