POLIS mengawal ketat di Madrasah As-Syakirin Simpang Bekoh. FOTO Amir Mamat
POLIS mengawal ketat di Madrasah As-Syakirin Simpang Bekoh. FOTO Amir Mamat
Amir Mamat


Jasin: Jenazah kanak-kanak yang meninggal dunia dipercayai didera di Taman Krubong Jaya, di sini, Jumaat lalu akan dituntut dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka, hari ini.

Sumber daripada keluarga angkat kanak-kanak itu berkata, keluarga ibu kandungnya bertegas untuk mengebumikan jenazah kanak-kanak terbabit di kampung ibunya.

Katanya, keputusan itu dicapai lewat malam tadi antara kedua-dua keluarga.

"Kita akur jika pihak keluarga kandung kekal dengan keputusan itu," katanya.

Jenazah kanak-kanak itu akan dibawa pulang ke di Kampung Simpang Bekoh, Jasin untuk disembahyang dan dikebumikan.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Al-Hidayah, Chabau di sini, Rosli ibrahim, memaklumkan van jenazah dari masjid berkenaan akan membantu membawa jenazah untuk dikebumikan.

"Kerja menggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar yang terletak kira-kira 100 meter dari kediaman keluarga juga sudah digali semalam selepas diminta oleh keluarga," katanya.

Jenazah juga akan dibawa ke Surau As-Syakirin, Simpang Bekoh di sini untuk disembahyangkan dan dijangka dikebumikan sebelum Zuhur.

Sementara itu, tinjauan di kediaman keluarganya di Taman Kasturi, Simpang Bekoh di sini bagaimanapun mendapati kediaman keluarga ibu kandungnya sunyi tanpa kehadiran orang ramai atau saudara mara, namun hanya kedengaran alunan ayat suci al-Quran dari dalam rumah.

Proses bedah siasat mangsa bermula kira-kira 11 pagi semalam sebelum selesai 10 malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman mengesahkan terdapat pelbagai kecederaan termasuk luka baru di kepala mangsa.

Berita berkaitan:

  • Lebam, luka lama dan baru pada badan mangsa - Polis
  • JKM mohon jaga dua adik-beradik mangsa dipercayai didera
  • Bantal busuk pengganti adik - Norlida
  • Ibu kandung pernah terima rawatan psikiatri - Polis
  • 'Mangsa sering bersendirian, termenung' - Jiran
  • 'Saya menyesal... sepatutnya saya pertahankan Adik'
  • Suami isteri disyaki dera anak sampai mati direman
  • 'Tidak kasihan ke individu itu kepadanya?'
  • Budak maut didera
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Februari 2021 @ 11:02 AM