GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Sebanyak 12 kluster baharu dikenal pasti hari ini membabitkan 10 kluster berkaitan tempat kerja dan dua kluster komuniti.

Johor mencatatkan lima kluster tempat kerja baharu, tertinggi berbanding negeri lain, iaitu di Jalan Kota Burok, Jalan By Pass, Jalan Bistari Dua, Jalan Empayar dan Jalan Rusa Scientex.

Ia diikuti Selangor dengan dua kluster iaitu di Persiaran Subang dan Industri Indah, manakala Kuala Lumpur kluster Tapak Bina Jalan Klang dan Tapak Bina Jalan Vista dan di Sabah kluster Jalan Sepanggar.

Kluster komuniti pula dikesan di Tinanom, Sabah dan Tabong, Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keseluruhan jumlah kluster setakat hari ini sebanyak 791, termasuk 12 kluster baharu.

Katanya, jumlah kluster yang tamat sebanyak 416, termasuk sembilan kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Alor, Kluster Nahaba, Kluster Integra Ikon, Kluster Bukit Naga, Kluster Tapak Bina Metropolis, Kluster Tapak Bina Jalan Gadang, Kluster Tapak Bina Kasih, Kluster Tapak Bina Sinar View, dan Kluster Tapak Bina Residen.

"Jumlah kluster aktif dilaporkan sebanyak 375 kluster dan jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini adalah 89 kluster.

"Dan kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tanjung Suria (385 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (224 kes) dan Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (116 kes)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan dalam dan luar negara melalui maklumat yang diperoleh daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

"KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 January 2021 @ 7:41 PM