GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Omar Ahmad


Iskandar Puteri : Sembilan individu termasuk tiga warga tempatan ditahan dalam Op Covid-19 dan Op Noda dalam serbuan di premis urut dan refleksologi di Taman Bukit Indah, jam 3.30 petang, semalam.

Mereka yang ditahan adalah pekerja termasuk seorang juruwang berusia antara 22 hingga 49 tahun.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, mereka ditahan membabitkan tujuh wanita dan dua lelaki tempatan.

"Tujuh wanita itu terdiri dari empat warga tempatan, masing-masing satu dari Indonesia, Vietnam dan Thailand.

"Antara barangan yang dirampas termasuk kunci premis, monitor, jadual pekerja, telefon bimbit, tuala, minyak urut dan wang tunai RM715," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat di bawah seksyen 55B, Seksyen 39, Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Mereka juga dikompaun atas kesalahan mengikut Peraturan 11(1)

Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 January 2021 @ 9:28 AM