CHIN ZIN HING
CHIN ZIN HING
BERNAMA

Kuching: Individu mempunyai sejarah perjalanan ke daerah berisiko tinggi di Sarawak dalam tempoh dua minggu lalu diminta tampil ke klinik kesihatan dan hospital swasta terdekat bagi menjalani saringan Covid-19.

Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Chin Zin Hing berkata, ini melibatkan individu yang pernah ke daerah Sri Aman, Betong, Sibu, Kanowit, Dalat, Miri, Beluru dan Sebauh sama ada mengunjungi ahli keluarga, rakan atau menghadiri sebarang majlis perkahwinan atau pengebumian dalam tempoh berkenaan.

"Oleh kerana banyak kes positif Covid-19 dikesan di rumah panjang, penghuni rumah panjang yang mengalami gejala seperti batuk, demam, sakit tekak, kehilangan deria rasa atau bau atau badan rasa letih juga dinasihatkan supaya pergi ke klinik kesihatan berdekatan bagi mendapatkan rawatan dan ujian pengesahan Covid-19," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, mereka yang sakit dan mengalami sebarang gejala sama selepas dikunjungi rakan atau sanak-saudara yang pernah melakukan perjalanan merentasi daerah berisiko itu dalam tempoh 14 hari lalu juga perlu menjalani saringan penyakit tersebut.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 January 2021 @ 3:21 PM