GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Suliati Asri


Pengarah Urusan, Iconergy Sdn Bhd, Mohd Nizam Abdul Ghani, 37.

"Bantuan PSU ini membantu meringankan beban aliran tunai syarikat dan pekerja tidak perlu risau dengan pemberhentian pekerja kerana majikan dapat meneruskan operasi.

Terima kasih kepada kerajaan kerana bantuan ini sangat diperlukan."


AZMI
AZMI

Penghantar makanan, Azmi Ridwan, 23.

"Satu keuntungan kepada kami pekerja penghantar kerana jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini, kami boleh membuat tuntutan.

Biasanya, kami mencarum sendiri. Jadi, apabila kerajaan beri peruntukan dan membiayai caruman penuh di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri ini, saya sangat berterima kasih."


MOHD Shafiq
MOHD Shafiq

Penghantar makanan, Mohd Shafiq Md Shah, 28.

"Inisiatif diberikan kerajaan ini sangat bagus kerana sebagai pekerja penghantaran, kami tidak mempunyai perlindungan kecuali mencarum sendiri.

Jadi saya sambut baik bantuan diberi kerajaan dan kebajikan kami terjamin jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini."


NURSOLEHAH
NURSOLEHAH

Pengusaha Pusat Perkembangan Minda Kanak-Kanak, Nursolehah Abd Aziz, 36.

"Dengan adanya PSU 3.0 ini ia membantu majikan menjalankan operasi seperti biasa tanpa perlu memberhentikan pekerja atau mengurangkan jumlah pendapatan mereka.

Ia juga membantu meringankan kos operasi bulanan majikan. Terima kasih kerajaan dengan bantuan yang diberikan ini."


MUHAMAD Nabil
MUHAMAD Nabil

Penghantar makanan, Muhamad Nabil Hanif Ruslan, 22.

"Terima kasih kerajaan kerana memperuntukkan jumlah yang besar bagi kami pekerja penghantaran.

Perlindungan sangat penting, kami sebelum ini kerja tanpa perlindungan. Dengan bantuan kerajaan, saya boleh bekerja dengan tenang tanpa risau lagi."


AZLAN
AZLAN

Pengarah Urusan Kumpulan Logsco Malaysia, Azlan Yusof, 35.

"Bantuan daripada kerajaan seperti PSU 3.0 menerusi Perlindungan ekonomi dan rakyat Malaysia (Permai) ini membantu syarikat berstatus SME seperti syarikat kami.

Kemudahan kewangan ini membantu mengurangkan impak buruk ekonomi dan memberi nafas kepada syarikat kami untuk meneruskan operasi."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2021 @ 1:23 PM