Baharom Bakar

Kuala Terengganu: Proses sanitasi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 1 di sini, bermula hari ini selepas diarahkan ditutup semalam selepas lapan kes disahkan positif Covid-19.

Proses sanitasi yang bermula kira-kira 10.30 pagi itu dilakukan pegawai dan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT).

Tinjauan mendapati pegawai dan kakitangan Kesihatan berada dalam kawasan sekolah ketika proses sanitasi dilakukan.

Notis pemberitahuan KKM untuk SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu bagi mencegah penularan Covid-19. Foto Ghazali Kori
Notis pemberitahuan KKM untuk SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu bagi mencegah penularan Covid-19. Foto Ghazali Kori

Pegawai dan kakitangan yang terbabit dalam proses sanitasi itu lengkap memakai pakaian memakai perlindungan diri (PPE).

SK Sultan Sulaiman 1 diarahkan tutup oleh JKNT selama 14 hari sehingga 5 Februari ini selepas terdapat kes positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan Terengganu Dr Nor Azimi Yunus sebelum ini mengesahkan arahan penutupan itu dilakukan mengikut Seksyen 18 (1), (d), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 332) bagi mengelakkan jangkitan wabak.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2021 @ 12:55 PM