GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Kajian perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum dapat mengesahkan jika jangkitan Covid-19 berisiko menyebabkan kemandulan pada lelaki kerana virus terbabit berupaya mengurangkan kuantiti dan kualiti sperma.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu menjalankan lebih banyak kajian lagi berhubung perkara itu.

"Kita perlukan banyak lagi kajian untuk mengesahkan perkara terbabit," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Terdahulu pihak saintis memberi amaran jangkitan Covid-19 berisiko menyebabkan kemandulan pada lelaki kerana virus itu berupaya mengurangkan kuantiti dan kualiti sperma.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Open Biology, penyelidik menggariskan kesan membimbangkan kepada pasangan yang pernah dijangkiti Covid-19 untuk mendapatkan anak.

Menurut kajian itu, sistem pembiakan lelaki disimpulkan sebagai sasaran utama paling berpotensi mendapat jangkitan Covid-19 yang disokong oleh beberapa bukti awal dan mengurangkan tahap kesuburan seseorang itu.

Laporan awal turut menunjukkan kemungkinan penularan Covid-19 secara seksual boleh menyebabkan komplikasi pada pasangan dijangkiti.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2021 @ 12:54 PM