Ahmad Rabiul Zulkifli

Hulu Terengganu: "Sesi persekolahan sudah bermula dan mahu atau tidak, saya perlu berkerja sambil belajar di kedai makan," kata Danial Haikal Rosli.

Danial Haikal, 14, dari Kampung Buluh, Kuala Berang terpaksa bekerja di kedai makan di kampung itu untuk menambah pendapatan berikutan keluarganya mengalami masalah kewangan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula esok.

Katanya, dia perlu menyesuaikan diri dengan tanggungjawabnya sebagai pelajar apabila Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara atas talian berkuat kuasa berikutan PKP.

"Saya perlu berkerja tetapi pada masa sama perlu juga belajar melalui PdPR secara maya.

"Alhamdulillah, majikan faham dan memberi ruang kepada saya belajar melalui PdPR menggunakan telefon pintar apabila perlu.

Danial Haikal Rosli Tingkatan Dua murid Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Berang mengikuti pembelajaran dengan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara atas talian menggunakan telefon pintar ketika di salah sebuah di Kampung Buloh. FOTOGHAZALI KORI

"Setakat hari ini, saya masih boleh mengikuti PdPR tanpa masalah, cuma perlu tukar kepada pelan Internet lebih baik," katanya.

Tambahnya, dia ditugaskan sebagai pelayan selain membantu kerja di dapur bermula jam 7.30 pagi hingga 6.30 petang.

"Kelas PdPR bermula jam 9 pagi hingga jam 11 pagi. Seronok mengikuti kelas ini. Walaupun tidak bersemuka dengan guru tetapi saya boleh faham apa yang diajar.

"Saya bekerja di kedai makan ini sejak cuti persekolahan dan berkemungkinan berterusan hingga tamat PKP atau sesi persekolahan fizikal bermula.

"Sedikit sebanyak, hasil pendapatan boleh digunakan untuk menampung keperluan sendiri termasuk membeli barangan sekolah, menjelaskan yuran dan banyak lagi," kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Berang (SMKSB).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2021 @ 6:18 PM
Danial Haikal Rosli, pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Berang mengikuti pembelajaran dengan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara atas talian menggunakan telefon pintar ketika di salah sebuah di Kampung Buloh. FOTO Ghazali Kori