Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Mohd Nasaruddin Parzi


Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin.

Dalam satu kenyataan di Facebook beliau pagi ini, memberitahu menjalani ujian saringan Covid-19 semalam.

"Pada mereka yang mempunyai kontak rapat dengan beliau, eloklah melakukan ujian saringan Covid-19.

"Tajuddin memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan beliau," jelas kenyataan itu.

Tajuddin menjadi kontak rapat kepada Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang turut disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin di hospital di Kota Bharu, Kelantan.

Kedua-dua mereka hadir satu majlis sidang media oleh Nazri, pada 11 Januari lalu yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Beberapa ahli politik termasuk menteri Kabinet juga sebelum ini disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2021 @ 10:07 AM