Noh Omar dan keluarga menjalani ujian saringan Covid-19 selepas menantunya didapati positif wabak itu. FOTO IHSAN FB NOH OMAR
Noh Omar dan keluarga menjalani ujian saringan Covid-19 selepas menantunya didapati positif wabak itu. FOTO IHSAN FB NOH OMAR
Amirul Aiman Hamsuddin

Tanjong Karang: Ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar sekeluarga menjalani ujian saringan Covid-19 selepas menantunya didapati positif wabak itu.

Beliau memaklumkan perkara itu menerusi status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya.

Menurut Noh, susulan menantunya tinggal serumah bersama beliau sekeluarga, mereka perlu menjalani ujian saringan itu.

"Assalamualaikum, tanpa diduga Hisham, menantu saya positif Covid-19.

"Kami tinggal serumah. Pagi ini saya sekeluarga menjalani ujian Covid-19," katanya.

Sehubungan itu, Noh memohon semua pihak supaya mendoakan urusan beliau dan keluarga dipermudahkan

"Mohon sahabat-sahabat sekalian dapat kiranya mendoakan keputusan kami sekeluarga negatif dan dipermudahkan dalam semua urusan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2021 @ 5:25 PM