Anggota PDRM dan JPJ membuat pemeriksaan di SJR di Plaza Tol Jalan Duta berikutan PKP akibat Covid-19. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
Anggota PDRM dan JPJ membuat pemeriksaan di SJR di Plaza Tol Jalan Duta berikutan PKP akibat Covid-19. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Seramai 40 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di dua lokasi sekatan jalan raya (SJR) di ibu kota.

Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mohd Zaki Ismail berkata, anggota JPJ itu membantu anggota PDRM di SJR di Plaza Tol Jalan Duta dan Sungai Besi di sini.

"Selain bantuan di SJR, JPJ juga turut melaksanakan rondaan bagi memastikan masyarakat mematuhi SOP PKP.

"Hasil pemeriksaan mendapati pengguna jalan raya mematuhi prosedur operasi standard berkaitan PKP dengan baik antaranya mengemukakan surat kebenaran daripada pihak berwajib ketika melalui SJR," katanya ketika ditemui media di SJR Plaza Tol Jalan Duta, di sini, hari ini.

Mohd Zaki berkata, pihaknya sentiasa komited membantu PDRM sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

"Kami berharap supaya masyarakat memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP ini.

"Melalui kerjasama ini, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan beban tugas jabatan yang menguatkuasakan undang-undang ketika tempoh PKP," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2021 @ 4:17 PM