Nurmastura Zulkafli

"TRANSAKSI Tanpa Tunai" sebelum ini dianggap tidak selamat dan berbahaya kerana kemungkinan berlakunya kecurian identiti. 

Namun, dalam mendepani norma baharu COVID-19, ia kini dilihat sebagai satu keperluan yang penting di mana ia menggalakkan pengguna berbelanja secara berhemat, membantu individu menjaga penjarakan fizikal, mengurangkan pergerakan individu di kawasan-kawasan awam yang tertumpu dan membataskan penggunaan wang kertas.

Melalui transaksi tanpa tunai, sistem pembayaran digital dapat diimplementasikan dan memberikan kebebasan kepada pengguna untuk membuat transaksi pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Apabila kita dibenarkan kembali untuk melancong ke luar negara kelak, ia pasti memerlukan persiapan yang rapi seperti pembelian tiket kapal terbang, tempahan hotel, pembayaran pakej pelancongan dan sebagainya. Pembayaran secara digital amatlah digalakkan kerana pengguna tidak perlu bimbang ditipu dalam sebarang urusan jual beli atau menanggung kerugian akibat pertukaran mata wang asing.

Dengan kaedah pembayaran yang lebih kos efektif dan efisien, pengguna tidak perlu lagi membawa wang tunai dalam jumlah yang besar atau pergi ke bank hanya untuk menyimpan dan mengeluarkan wang apabila semua transaksi boleh dilakukan di hujung jari.

Kad Kredit BSN Visa Cash Back

Bank Simpanan Nasional (BSN) memperkenalkan Kad Kredit BSN Visa Cash Back terbaharu yang menawarkan lebih banyak pulangan tunai dan penjimatan setiap kali anda berbelanja. Apa yang lebih menarik, tiada yuran tahunan akan dikenakan kepada pengguna sepanjang hayat!

Dengan Kad Kredit BSN Visa Cash Back, anda boleh menikmati pulangan tunai sehingga lima peratus apabila berbelanja untuk barangan runcit, menikmati sajian di restoran dan apabila anda mengisi petrol. Manakala pulangan tunai tanpa had sebanyak 0.2 peratus akan diberikan untuk perbelanjaan runcit tempatan yang lain. 

Tidak terhad di dalam negara sahaja, anda juga boleh mendapat pulangan tunai sebanyak satu peratus apabila membuat perbelanjaan runcit di luar negara. Kesemua pulangan tunai akan dikreditkan pada kitaran penyata bulan yang berikutnya.

Bagi setiap transaksi yang dilakukan, tiada perbelanjaan minimum yang diperlukan untuk menikmati pulangan tunai. Lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak pulangan tunai yang menanti.

Untuk memahami dengan lebih lanjut tentang pulangan tunai yang diberikan, anda boleh merujuk jadual ini.

Bagi perbelanjaan barangan runcit, sajian dan petrol, pulangan tunai akan dihadkan kepada RM15 setiap kategori dan maksimum RM45 pulangan tunai setiap bulan untuk setiap pengguna kad.

Manakala untuk perbelanjaan runcit yang lain dan di luar negara, pulangan tunai adalah tanpa had dan tiada had bulanan yang dikenakan.

Antara kelebihan lain yang boleh anda nikmati dengan Kad Kredit BSN Visa Cash Back ialah insurans kemalangan perjalanan percuma sehingga RM 300,000, Kad BSN Zing PLUSMiles percuma, Pelan 0 peratus EasyPay BSN dan banyak lagi.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Kad Kredit BSN Visa Cash Back, anda boleh kunjungi Cawangan BSN yang berdekatan atau hubungi talian 1300 88 1900. Pendapatan minimum untuk memohon kad ini adalah hanya RM4,000 sebulan.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari https://www.bsn.com.my/page/visacashback . Tertakluk pada terma dan syarat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2021 @ 11:49 AM