Maiamalina Mohamed Amin dan Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: "Saya merayu saudara dan saudari sekalian supaya kekal tenang dan beri kepercayaan serta sokongan sepenuhnya kepada kerajaan untuk membendung penularan Covid-19 dengan lebih berkesan sepanjang tempoh darurat," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri turut memberi amaran akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat usaha kerajaan dalam mengurus pandemik dan ekonomi, demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara.

Beliau juga menyeru semua ahli politik, pemimpin masyarakat sivil, pertubuhan bukan kerajaan, badan-badan agama, belia, mahasiswa dan setiap lapisan masyarakat supaya bersatu dan berganding bahu dalam menghadapi situasi yang amat sukar ini.

Katanya, apa yang penting ketika ini adalah satu matlamat sama iaitu memastikan negara menang dalam memerangi Covid-19.

"Marilah kita mengamalkan disiplin kendiri dengan lebih ketat sepanjang tempoh PKP dan darurat yang berkuat kuasa ini.

"Mudah- mudahan kita akan dapat melandaikan lekuk jangkitan Covid-19 dengan segera dan seterusnya mengurangkan tekanan ke atas sistem kesihatan negara kita yang sedang terbeban dengan peningkatan kes-kes positif Covid-19 saban hari," katanya dalam pengumuman khas darurat yang disiarkan, hari ini.

ORANG awam mendengar Pengumuman Khas Darurat oleh Perdana Menteri melalui peranti digital. FOTO Bernama
ORANG awam mendengar Pengumuman Khas Darurat oleh Perdana Menteri melalui peranti digital. FOTO Bernama

Dalam pada itu, Muhyiddin mewakili kerajaan menjunjung kasih atas keprihatinan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam memperkenankan perisytiharan darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk menangani pandemik Covid-19 secara berkesan.

Pada masa sama, beliau berharap ulamak dan pemimpin agama untuk terus mendoakan kesejahteraan negara dan supaya seluruh rakyat dilindungi daripada bencana.

Berita berkaitan:

  • Aktiviti ekonomi terus berfungsi
  • Badan kehakiman berfungsi seperti biasa: PM
  • Darurat bukan untuk halang pilihan raya: PM
  • Agong berkuasa untuk masyhur ordinan sepanjang darurat
  • Pilihan raya tak akan diadakan
  • Pentadbiran kerajaan, perkhidmatan awam tak terganggu
  • Darurat bukan rampasan kuasa tentera
  • Kronologi darurat di Malaysia
  • Agong ambil kira pandangan Raja-Raja Melayu
  • Agong perkenan darurat sehingga 1 Ogos 2021
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 January 2021 @ 12:51 PM