ANGGOTA bomba mengangkat mayat seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari bot ketika berada di tengah laut dekat Sungai Udang, Nibong Tebal. FOTO Ihsan JBPM
ANGGOTA bomba mengangkat mayat seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari bot ketika berada di tengah laut dekat Sungai Udang, Nibong Tebal. FOTO Ihsan JBPM
Nur Izzati Mohamad

Nibong Tebal: Mayat nelayan ditemukan lemas selepas hampir 20 jam dilaporkan hilang kerana terjatuh dari bot ketika berada di tengah laut dekat Sungai Udang di sini.

Kehilangan Muhammad Shah Firdaus Azman, 25, dimaklumkan pada 8.40 pagi semalam sebelum mayatnya ditemui pada 3.56 petang hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, mayat mangsa ditemui oleh orang awam kira-kira 300 meter dari lokasi dilaporkan hilang.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jeti Nelayan Kampung Baru dengan bot Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Dengan penemuan mayat itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada 5.27 petang," katanya dalam kenyataan di sini.

Difahamkan, mayat Muhammad Shah kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk proses bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2021 @ 8:22 PM