MAHDZIR (dua kiri) menyampaikan bantuan RM250,000 daripada syarikat korporat itu sebagai bantuan untuk Tabung Mangsa Banjir Negeri Johor itu yang disampaikan kepada Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, di Pejabat Menteri Besar di Kota Iskandar. FOTO Ihsan TNB
MAHDZIR (dua kiri) menyampaikan bantuan RM250,000 daripada syarikat korporat itu sebagai bantuan untuk Tabung Mangsa Banjir Negeri Johor itu yang disampaikan kepada Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, di Pejabat Menteri Besar di Kota Iskandar. FOTO Ihsan TNB
Mohamed Farid Noh

Johor Bahru: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyalurkan bantuan berjumlah RM250,000 bagi membantu penduduk terjejas akibat banjir di Johor.

Bantuan untuk Tabung Mangsa Banjir Negeri Johor itu disampaikan Pengerusi TNB Datuk Seri Mahdzir Khalid kepada Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad di Pejabat Menteri Besar di Kota Iskandar, tengah hari tadi.

Selain menyampaikan bantuan menerusi program tanggungjawab sosial korporat TNB itu, Mahdzir turut menyerahkan wang zakat perniagaan TNB berjumlah RM2.1 juta kepada kerajaan Johor.

Cek berkenaan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi yang disaksikan Menteri Besar.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Md Rofiki Datuk A Shamsudin dan Pengurus Besar Johor Bahagian Strategi dan Kawal Selia TNB Mohamed Noh Seth.

Terdahulu, Mahdzir melakukan kunjungan hormat ke atas Datuk Hasni dan mengadakan perbincangan tertutup bersama Menteri Besar itu.

Sementara itu, Mahdzir berkata, bantuan disumbangkan TNB untuk Tabung Mangsa Banjir Negeri Johor itu sebagai tanda keprihatinan syarikat korporat berkenaan dalam membantu masyarakat terjejas dan memerlukan bantuan.

"Sebagai syarikat penyedia kemudahan elektrik negara, TNB turut bersama masyarakat di waktu bencana itu bagi meringankan beban mereka.

"Begitu juga zakat perniagaan TNB yang disalurkan kepada kerajaan Johor adalah bagi membantu golongan asnaf dan meringankan bebanan ditanggung mereka, " katanya

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2021 @ 4:50 PM