Foto hiasan
Foto hiasan
Amirul Aiman Hamsuddin

Hulu Selangor: Bekalan air di lapan kawasan di wilayah Hulu Selangor yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisek sejak kelmarin, pulih sepenuhnya bermula 6 pagi hari ini.

Menurut Facebook Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), pihaknya mengucapkan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan itu.

"Pengguna disarankan mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini dilaporkan LRA Sungai Selisek terpaksa dihenti tugas berikutan banjir pada 5.40 petang.

Ia menyebabkan lapan kawasan di wilayah berkenaan iaitu Kampung Sungai Nilam/ Kampung Seri Pagi, Kampung Lalang, Rumah Murah PKT 2 Sungai Selisek, Kampung Serigala, Kampung Orang Asli, Kampung Bahom, Kampung Sekolah/Kuarters Klinik dan Kampung Gesir Tengah terjejas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 January 2021 @ 8:27 AM