GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Nor Haidya Syafira Amir

Kuala Lumpur: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang layak boleh memohon pelanjutan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman mulai esok.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, peminjam yang layak adalah peminjam yang kehilangan pendapatan (diberhentikan pekerjaan) dan terjejas pendapatan (pendapatan berkurangan).

"Peminjam perlu mengemukakan permohonan melalui portal rasmi PTPTN di http://www.ptptn.gov.my/PelanjutanBayaranBalikCovid19 mulai esok hingga 31 Mac ini. Tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan semasa permohonan.

"Pelanjutan selama tiga bulan ini akan bermula pada bulan yang sama dengan kelulusan permohonan yang diberikan PTPTN dan dua bulan ke hadapan di antara Januari hingga Mei ini." katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Dasuki berkata, kelulusan penangguhan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui e-mel yang dikemukakan dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh peminjam mengemukakan permohonan.

AHMAD Dasuki Abdul Majid. FOTO ihsan PTPTN
AHMAD Dasuki Abdul Majid. FOTO ihsan PTPTN

Katanya, PTPTN menyambut baik inisiatif pelanjutan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Covid-19 yang diberikan kepada peminjam yang layak selama tiga bulan.

Susulan itu, peminjam diingatkan mengemaskini maklumat perhubungan yang tepat dan terkini bagi memastikan maklumat berkenaan kelulusan permohonan pelanjutan disampaikan kepada mereka.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh dibuat dengan menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang atau melayari portal rasmi www.ptptn.gov.my di ruangan soalan lazim.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 January 2021 @ 3:31 PM