GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Rafiqah Dahali


Kota Kinabalu: Daerah Sipitang semalam bertukar menjadi zon merah apabila merekodkan lebih 40 kes aktif Covid-19 susulan pertambahan jangkitan baharu.

Perkembangan itu sekali gus menyaksikan 16 daerah kini berada dalam kategori zon merah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun dalam satu kenyataan semalam berkata, Sipitang mencatatkan 21 kes.

"Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), jumlah kes positif baharu Covid-19 adalah sebanyak 259 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 37,553 kes dan satu kes kematian direkodkan di Sandakan.

Daerah Kota Kinabalu kekal merekodkan jumlah kes tertinggi di Sabah sebanyak 51 kes kemudian diikuti Lahad Datu (31); Penampang (31); Keningau (24); Sandakan (18); Tuaran (17); Putatan (8); Kalabakan (7); dan Tambunan (7).

Selain itu, Kinabatangan (5); Kunak (4); Beaufort (3); Tenom (3); Kudat (2); dan empat lagi daerah iaitu Tawau, Kota Belud, Papar dan Semporna merekodkan sebanyak 6 kes.

Tiga lagi daerah iaitu Kota Marudu, Kuala Penyu dan Pitas masing-masing merekodkan sebanyak satu kes baharu.

Daerah lain seperti Ranau, Beluran, Telupid, Tongod dan Nabawan tidak mencatatkan sebarang kes baharu setakat ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2021 @ 10:55 AM