Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Seramai 169 individu ditahan polis semalam dan kesemuanya dikompaun atas kesalahan ingkar arahan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 81 individu ditahan kerana gagal menyediakan peralatan dan merekod butiran diri, manakala 35 individu didapati tidak memakai pelitup muka.

Katanya, 31 individu lagi ditahan kerana terbabit dengan aktiviti di pusat hiburan, 13 ditahan disebabkan gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal dan sembilan lagi berikutan lain-lain kesalahan.

"Semalam, sebanyak 2,900 Pasukan Task Force Operasi Pematuhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdiri daripada 12,838 anggota terbabit melakukan 48,111 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP di seluruh negara.

"Sebanyak 3,492 pasar raya, 4,878 restoran, 1,317 kilang, 1,539 pasar awam dan pasar tani, 2,880 tempat ibadat serta 1,269 tempat riadah diperiksa dan hasilnya, 169 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP dan kesemuanya dikompaun," katanya pada sidang media harian, di sini, hari ini.

Sementara itu, kawalan sempadan negara masih dan menahan 49 Pendatang Tanpa Izin (Pati) menerusi Operasi Benteng di seluruh negara, semalam.

"Selain menahan Pati, tujuh kenderaan darat berjaya dirampas dalam operasi yang diadakan di seluruh negara.

"Sebanyak 110 sekatan jalan raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan di seluruh negara.

"Operasi Benteng dan Penawar dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia ATM dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) membabitkan 38 SJR.

"Manakala, Operasi Benteng Benteng PDRM membabitkan 63 SJR dan sembilan SJR bagi Operasi Benteng Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM ),"katanya.

Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri Yaakob.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2020 @ 7:08 PM