Keadaan motosikal Yamaha Lagenda milik lelaki warga emas berusia 70 yang maut dalam kemalangan di Jalan Parit 6, pagi tadi. FOTO IHSAN PEMBACA
Keadaan motosikal Yamaha Lagenda milik lelaki warga emas berusia 70 yang maut dalam kemalangan di Jalan Parit 6, pagi tadi. FOTO IHSAN PEMBACA
Amirul Aiman Hamsuddin


Sungai Besar: Seorang lelaki warga emas maut sejurus motosikal ditunggang dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Parit 6 Timur, di sini, tadi.

Dalam kejadian 10.20 pagi itu, mangsa berusia 70 tahun yang menunggang motosikal maut serta merta di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, pemandu MPV Toyota Unser yang juga lelaki warga emas berusia 74 tahun tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Parit 8 menghala ke Sungai Besar manakala Toyota Unser datang dari Jalan Sungai Panjang menghala ke Sungai Besar.

"Setibanya di tempat kejadian pemandu Toyota Unser tidak sempat mengelak mangsa yang dipercayai keluar dari simpang sebelah kanan jalan.

"Mangsa yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2020 @ 5:35 PM