DR Noor Hisham. FOTO Arkib NSTP
DR Noor Hisham. FOTO Arkib NSTP
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Sebanyak 1,153 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak itu kepada 91,969 kes dengan jumlah kes aktif 15,294 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, dua kes import dilaporkan, manakala 1,151 kes lagi membabitkan penularan tempatan.

"Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 401 kes diikuti Kuala Lumpur (281 kes) dan Sabah (199 kes).

"Sebanyak 176 kes dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (96 kes) dan Kluster Tembok (80 kes)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, ada 112 kes positif Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 56 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Sebanyak 998 kes dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 76,242 kes atau 82.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Terdapat satu kes kematian dilaporkan hari ini membabitkan seorang wanita tempatan berusia 76 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi serta dislipidemia di Pulau Pinang.

"Kes itu menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 433 kes atau 0.47 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Disember 2020 @ 6:46 PM