Penting untuk menyediakan perlindungan perubatan orang tersayang. - FOTO hiasan
Penting untuk menyediakan perlindungan perubatan orang tersayang. - FOTO hiasan
Muhamad Shaifullah Tayep

KEBELAKANGAN ini, lebih ramai masyarakat terutamanya golongan muda mula cenderung melakukan aktiviti riadah mahupun bersukan untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat serta aktif.

Ada yang mengeluarkan peluh dengan mengunjungi gim, berbasikal, joging dan ada pula yang memilih sukan ekstrem seperti menyertai marathon, mendaki gunung, berakit di sungai berarus deras untuk kekal sihat dan cergas dan pada masa yang sama mencabar keupayaan diri. 

Namun, mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif tidak semestinya selamat daripada risiko mati mengejut walaupun di usia yang muda.

Misalnya pada awal tahun ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan kes kematian dua selebriti industri hiburan tanah air iaitu Ashraf Sinclair dan Abam Bocey akibat serangan jantung dan demam panas.

Kedua-duanya menghembuskan nafas terakhir pada usia 41 dan 31 tahun, tanpa menunjukkan sebarang tanda sama seperti beberapa selebriti tempatan lain iaitu Hani Mohsin, Syamrin Fotograf, Faizal Yusuf dan Yus Jambu yang meninggal dunia selepas mengalami komplikasi sama.

Kematian ini sedikit sebanyak memberi peringatan yang mana hidup ini hanya sementera - ajal dan maut itu adalah takdir yang sudah tertulis dan kita sebagai manusia harus akur dengan ketentuanNya.

Begitu juga dengan ancaman pandemik COVID-19 yang melanda ketika ini mampu mendatangkan bahaya kepada kesihatan selain membuatkan sesiapa sahaja kehilangan orang tersayang dalam sekelip mata.

Usaha cari "pengganti"

Bagi mendepani perkara sebegitu, kita seharusnya berusaha membuat persediaan awal terutamanya dari segi kewangan. Selain menabung, apakah kaedah lain yang boleh kita usahakan supaya keluarga tersayang tidak menderita kesusahan apabila kita tiada disamping mereka kelak? 

Salah satu caranya adalah dengan menyediakan "pengganti" buat yang tersayang. Pengganti yang dimaksudkan dalam konteks ini adalah perlindungan takaful yang dapat menggantikan pendapatan kita jika ditakdirkan hilang punca pendapatan akibat kemalangan, disahkan menghidapi penyakit kritikal mahupun meninggal dunia secara tiba-tiba.

Tidak mampu miliki perlindungan insurans atau takaful

Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, hanya 22 peratus daripada rakyat Malaysia mempunyai perlindungan insurans atau takaful kesihatan peribadi. 

Sebanyak 75.3 peratus daripada rakyat Malaysia memilih untuk dimasukkan ke hospital dan institusi kesihatan awam kerana kadar rawatan perubatan yang disubsidikan, manakala, 43 peratus daripada responden berkata mereka tidak mampu membeli insurans kesihatan peribadi dan 22.8 peratus memilih mengubati diri mereka sendiri.

Selain itu, 11 peratus daripada rakyat Malaysia pula bergantung pada wang yang dipinjam daripada rakan dan keluarga untuk membiayai rawatan perubatan kerana sejumlah besar isi rumah tidak dapat membiayai penjagaan kesihatan walaupun dengan adanya subsidi kerajaan.

Sebilangan daripada mereka yang tidak mempunyai insurans kesihatan memilih menggunakan perlindungan insurans pekerjaan berbentuk kad perubatan ditaja oleh syarikat dan pampasan untuk kemasukan ke hospital atau membenarkan kakitangan menuntut perbelanjaan lawatan ke doktor.

Manfaat inisiatif kerajaan

Pelbagai usaha walaupun kecil dapat kita lakukan untuk memastikan diri serta keluarga tersayang terus dilindungi.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika pembentangan Belanjawan 2021 baru-baru ini mengumumkan cadangan pihak kerajaan untuk memperluaskan perlindungan sosial buat golongan B40 termasuk inisiatif Program Baucar Perlindungan Tenang.

Melalui program ini, setiap penerima bantuan B40 akan diberi baucar RM50 sebagai bantuan kewangan yang dapat dimanfaatkan untuk mendapatkan Perlindungan Tenang termasuk takaful dan kemalangan diri.

Selain itu, pihak kerajaan juga membenarkan pengeluaran caruman Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mendapatkan produk perlindungan insurans hayat, takaful keluarga serta penyakit kritikal bagi diri dan keluarga. 

Inisiatif kerajaan ini adalah berikutan kadar penembusan insurans dan takaful yang rendah di negara ini dan antara faktor yang menggugat keselamatan kewangan individu dan isi rumah.

Teruskan usaha demi perlindungan menyeluruh

A-Plus Total Health perlindungan lengkap untuk anda sekeluarga. - FOTO AIA PUBLIC Takaful Bhd

Usaha untuk mendapatkan perlindungan yang secukupnya boleh diteruskan dengan mendapatkan pelan takaful yang bukan hanya menawarkan perlindungan ketika anda memerlukan rawatan perubatan, malah melindungi ketika anda sihat.

Penyedia takaful terkemuka, AIA PUBLIC Takaful Bhd memperkenalkan dua pelan terbaharunya iaitu A-Plus Total Health dan A-Life Ikhtiar yang direka buat pelanggan yang inginkan pelan kesihatan yang fleksibel dengan akses kepada penjagaan berkualiti.

A-Plus Total Health dilengkapi ciri dan faedah yang dapat menyokong kesihatan pelanggan secara menyeluruh iaitu dari peringkat pencegahan, pengesanan awal serta pemeriksaan kesihatan, sehingga peringkat rawatan dan pemulihan untuk memberikan perlindungan dan sokongan hujung-ke-hujung.

Ia juga adalah penyelesaian kesihatan sehenti buat seisi keluarga yang melindungi sehingga enam ahli keluarga di bawah satu pelan sama. 

Ciri unik Health Wallet AIA yang pertama seumpamanya di pasaran juga didatangkan bersama pelan ini yang memberikan ganjaran kepada pelanggan apabila kekal sihat melalui amalan gaya hidup yang seimbang.

Melalui ciri ini, pelanggan dapat menggunakan sehingga RM300 setahun untuk pemeriksaan kesihatan dan vaksinasi yang membolehkan mereka memantau tahap kesihatan mereka dengan lebih baik.

Selain itu, jika pelanggan tidak membuat sebarang tuntutan, ganjaran akan dikreditkan ke dalam Health Wallet mereka yang boleh digunakan untuk pembayaran deduktibel, pencegahan penyakit, penjagaan khas dan lain-lain. 

A-Plus Total Health turut menawarkan perlindungan perubatan sehingga RM2 juta setahun, tanpa had seumur hidup.

Faedah ini merangkumi rawatan pesakit luar untuk penyakit utama seperti kanser dan dialisis buah pinggang.

Pelanggan juga boleh memilih untuk tidak dimasukkan ke hospital namun masih mendapat perlindungan terhadap penyakit denggi, bronkitis, influenza dan pneumonia.

Lebih menarik, pada peringkat pemulihan, pelanggan akan mendapat akses kepada faedah Pengurusan Kes Perubatan Peribadi (PMCM) yang membolehkan pelanggan menerima nasihat daripada pakar terkemuka di seluruh dunia mengenai rawatan terbaik sepanjang perjalanan perubatan mereka. 

A-Plus Total Health adalah rider atau faedah tambahan yang ditawarkan melalui pelan Takaful Keluarga syarikat berkenaan iaitu A-Life Ikhtiar.

Selain memberikan perlindungan komprehensif, A-Life Ikhtiar menawarkan proses pembayaran faedah yang mudah melalui Hibah sehingga 200 peratus daripada amaun perlindungan sekiranya orang yang dilindungi meninggal dunia akibat kemalangan.

Pada masa sama, keluarga juga akan mendapat amaun tambahan sebanyak RM5,000 bagi faedah badal haji atau perbelanjaan pengebumian sekiranya berlaku kematian.

Jika pelanggan mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal, pelanggan akan menerima 100 peratus daripada amaun perlindungan bagi membantu kos kehidupan.

Dengan gabungan dua pelan ini, anda pasti berasa lebih yakin dan tenang jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Seperti peribahasa kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, mengingatkan kita bahawa tanpa sebarang usaha, mana mungkin kita akan mendapat apa yang diinginkan.

Perlindungan takaful dapat memberikan ketenangan apabila anda berada dalam kekusutan. Usahalah walau sekecil mana pun demi kehidupan yang lebih bermakna.

Layari www.aia.com.my untuk maklumat lanjut mengenai produk terkini yang ditawarkan AIA PUBLIC Takaful Bhd.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Disember 2020 @ 2:02 PM