GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Kuala Lumpur: Bekalan air di kesemua 38 kawasan di Wilayah Sabak Bernam yang mengalami gangguan berjadual sejak semalam berikutan kerja-kerja penggantian dan pemasangan injap, pulih sepenuhnya pada 2 pagi hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata, syarikat itu mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan berkenaan.

"Sentiasa gunakan air secara berhemat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pengguna boleh mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Disember 2020 @ 9:43 AM