SURI rumah melecur disambar api dapur ketika memasak di rumahnya di Apartment Glusmutiara Lekongan Indah Utara Taman Bukit Indah 2. FOTO IHSAN BOMBA
SURI rumah melecur disambar api dapur ketika memasak di rumahnya di Apartment Glusmutiara Lekongan Indah Utara Taman Bukit Indah 2. FOTO IHSAN BOMBA
Omar Ahmad


Johor Bahru : Suri rumah melecur apabila disambar api dapur dipercayai akibat kebocoran pada sambungan hos dari tong gas di rumahnya di Apartmen Glusmutiara, Lekongan Indah Utara, Taman Bukit Indah 2, di sini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Anuar Amdzah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Katanya sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Setibanya anggota kebakaran membabitkan dapur akibat dari kebocoran tong gas.

"Ketika kejadian, mangsa, Farah Nabilah Osman, 30 bersama suami dan seorang anak mereka sedang memasak.

"Tiba-tiba api menyambar dipercayai akibat kebocoran pada sambungan hos dari tong gas mengakibatkan melecur di bahagian tangan dan kaki seorang daripada mangsa," katanya, di sini, hari.

Menurut Mohd Anuar, mangsa diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian sebelum dihantar ke hospital oleh pihak pengurusan apartmen itu untuk rawatan lanjut.

"Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan", katanya

tamat

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Disember 2020 @ 6:31 PM