GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Norzamira Che Noh


Shah Alam: Kerja pembaikan paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak di Seksyen 24, dekat sini, selesai pada 6 pagi, hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Elina Baseri berkata, susulan itu bekalan air ke enam kawasan di wilayah Klang/Shah Alam yang terjejas iaitu Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25 sudah mula disalurkan kepada pengguna bermula 6.50 pagi tadi.

"Seperti yang dimaklumkan, bekalan air di enam kawasan ini dijangka pulih sepenuhnya pada 12 tengah hari ini.

"Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com.

"Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, enam kawasan di wilayah Klang/Shah Alam mengalami gangguan bekalan air mulai jam 10.30 malam akibat paip pecah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Disember 2020 @ 9:39 AM