AHMAD Faizal Azumu. FOTO arkib NSTP
AHMAD Faizal Azumu. FOTO arkib NSTP
Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan beliau dilantik ke sebarang jawatan di peringkat Kabinet.

Ahmad Faizal berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada beliau mempunyai jawatan di peringkat pusat ketika ini.

"Tidak ada (jawatan peringkat Kabinet), sekarang jawatan saya adalah Ahli Parlimen Tambun dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chenderiang.

"Itu pun sudah cukup banyak tugas dan tidak cukup masa, kita hendak buat banyak perkara lain.. jadi, saya fokus kepada itu," katanya ketika ditemui pemberita di program 'Hijaukan Bumi Kita' anjuran Lion Club of Silver State di Padang Housing Trust, di sini, hari ini.

Ahmad Faizal turut mengulas berhubung senarai nama Adun Bersatu yang dicadangkan mengisi jawatan Exco Perak.

"Kita dah bincangkan dengan Menteri Besar (Datuk Saarani Mohamad) dan saya percaya beliau akan membawa nama-nama ini untuk disembah cadangkan kepada Tuanku.

"Kita cadangkan beberapa nama dan kita harapkan yang terbaik," katanya.

Ditanya adakah beliau akan menjadi barisan Exco kerajaan negeri, katanya kemungkinan besarnya adalah tidak.

Katanya, beliau berada dalam keadaan baik dan meminta semua tidak berasa bimbang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Disember 2020 @ 12:39 PM