Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Menteri Besar Perak Ke-14, Datuk Saarani Mohamad yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak Ke-14 memulakan tugasnya secara rasmi, hari ini.

Beliau tiba di Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 9 pagi ini.

Saarani, 59, tiba di Bangunan SUK dengan memakai baju Melayu lengkap bersamping, berwarna hijau.

Beliau disambut Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim: Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Azmir Shah Zainal Abidin dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Zulazlan Abu Hassan.

Saarani dijangka mengadakan sidang media pertamanya di Dewan Bankuet sebaik selesai sesi taklimat ringkas di Pejabat Menteri Besar.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad memulakan tugasnya ssebagai Menteri Besar ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan. FOTO SHARUL HAFIZ ZAM
Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad memulakan tugasnya ssebagai Menteri Besar ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan. FOTO SHARUL HAFIZ ZAM

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Disember 2020 @ 9:48 AM