GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Amirul Aiman Hamsuddin


Kuala Selangor: Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang yang dihenti tugas berikutan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor, kembali beroperasi pada 3.30 pagi, hari ini.

LRA Sungai Selangor (SSP) Fasa 1, 2 dan 3 juga kembali beroperasi pada 5 pagi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi Facebook memaklumkan semua loji kembali beroperasi selepas bacaan pada tahap 0 TON sebanyak tiga kali berturut-turut direkodkan.

"Maklumat bekalan air boleh didapati di semua saluran komunikasi Air Selangor dari semasa ke semasa," katanya, hari ini.

Terdahulu, empat LRA terpaksa dihenti tugas ekoran pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

LRA Rantau Panjang dihenti tugas pada 11.30 malam semalam diikuti LRA SSP Fasa 1, 2 dan 3 pada 1 pagi, hari ini.

Henti tugas terbabit menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 1,274 kawasan di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2020 @ 8:16 AM