PEJABAT Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD)  Sik sedang mengesan ibu bayi perempuan yang dikenali sebagai Intan Nur Fatihah Hasbuludin,22. FOTO ihsan PKMD Sik
PEJABAT Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Sik sedang mengesan ibu bayi perempuan yang dikenali sebagai Intan Nur Fatihah Hasbuludin,22. FOTO ihsan PKMD Sik
Noorazura Abdul Rahman


Sik: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Sik sedang mengesan waris bayi perempuan berusia tiga bulan

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Sik, Shamsul Izrin Isahak berkata, bayi itu dibawa ke Hospital Sik tahun lalu oleh seorang jiran ibu bayi berkenaan, namun tidak pernah dituntut.

Ibu bayi itu dikenali Intan Nur Fatihah Hasbuludin, 22.

Katanya, ketika ini bayi berkenaan ditempatkan di Rumah Perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Sebelum ini Hospital Sik sudah memaklumkan melalui Borang 9 Akta Kanak Kanak 2001 pindaan 2016 ke Pelindung Kanak Kanak bahawa terdapat bayi disyaki diabaikan di bawah Seksyen 17 (1)(c) (i) Akta kanak kanak 2001 pindaan 2016.

"Bagaimanapun atas prosedur jabatan, kes akan disiasat untuk kebaikan dan kepentingan masa hadapan bayi berkenaan, agar terbela," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Shamsul Izrin berkata, pihaknya cuba mengesan ibu bayi yang beralamat terakhir di Nombor 61, Kampung Chemara di sini selepas kali terakhir dia hadir untuk berjumpa Pelindung Kanak-Kanak pada 20 Oktober lalu.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu bayi berkenaan boleh menghubungi Pelindung Kanak Kanak, Syarol Anwar Adnan menerusi nombor 04-4690230," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Disember 2020 @ 12:35 PM