PUSAT pemindahan sementara. FOTO arkib NSTP
PUSAT pemindahan sementara. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Melaka: Jumlah mangsa banjir di Melaka bertambah tiga orang kepada 60 mangsa, namun kekal 14 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini, berbanding 57 orang pada 8 malam semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Melaka Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, dua PPS berkenaan adalah PPS SK Tehel serta PPS SK Parit Gantong di Jasin.

Beliau berkata, sembilan orang daripada tiga keluarga ditempatkan di PPS SK Tehel, manakala 51 orang daripada 11 keluarga ditempatkan di PPS SK Parit Gantong.

Katanya, mangsa adalah dari Kampung Tehel dan Kampung Parit Gantong yang masih terjejas dengan bencana itu.

Cuaca dilaporkan baik dan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 November 2020 @ 10:22 AM