Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh di dalam Sungai Chepor, Kampung Chepor Dalam, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohd Yunus Abu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 10.47 pagi.

Menurutnya, sepasukan 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) BBP Meru Raya dibantu BBP Ipoh termasuk enam anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).

"Berdasarkan maklumat, mangsa berusia 10 tahun dipercayai bermain di gigi air bersama rakan dan cuba menyelamatkan rakan lain yang difahamkan terjatuh ketika mengambil selipar.

"Akibat itu, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan arus ke Sungai Pari," katanya.

Menurutnya, anggota bomba membuat pencarian secara permukaan dan menggerakkan sebuah bot untuk pencarian di bahagian hilir sungai.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan untuk mengesan mangsa.

Pasukan bomba sedang melakukan operasi menyelamat mencari mangsa kanak-kanak yang dikhuatiri lemas di Sungai Chepor, Kampung Chepor Dalam pagi ini. FOTO BALQIS JAZIMAH ZAHARI
Pasukan bomba sedang melakukan operasi menyelamat mencari mangsa kanak-kanak yang dikhuatiri lemas di Sungai Chepor, Kampung Chepor Dalam pagi ini. FOTO BALQIS JAZIMAH ZAHARI

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2020 @ 1:14 PM