LELAKI disyaki membunuh bapanya dibawa keluar dari Mahkamah Majistret selepas permohonan tahanan reman diperoleh. FOTO Abnor Haminam Abd Manap.
LELAKI disyaki membunuh bapanya dibawa keluar dari Mahkamah Majistret selepas permohonan tahanan reman diperoleh. FOTO Abnor Haminam Abd Manap.
Abnor Hamizam Abd Manap


Jelebu: Lelaki disyaki membunuh bapanya di Simpang Pertang di sini, semalam ditahan reman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Rahimah Rahim selepas mendengar permohonan dibuat polis di Mahkamah Majistret di sini,

Rahimah membenarkan lelaki berusia 35 tahun itu direman sehingga 25 November untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut dan menunggu keputusan bedah siasat mangsa yang dijalankan di Hospital Tuanku Ja'afar ( HTJ ) Seremban, hari ini.

Media semalam melaporkan seorang anak menikam bapanya berusia 59 tahun dengan pisau selepas bertengkar di rumah mereka.

Berita berkaitan

Bunuh bapa tegur main telefon [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 November 2020 @ 10:17 AM