WANITA berusia 26 tahun menahan kesakitan selepas tangan kirinya tersepit dalam mesin pengisar ikan dalam kejadian di Kampung Mentua, di sini, hari ini. FOTO ihsan BOMBA
WANITA berusia 26 tahun menahan kesakitan selepas tangan kirinya tersepit dalam mesin pengisar ikan dalam kejadian di Kampung Mentua, di sini, hari ini. FOTO ihsan BOMBA
BERNAMA

Kota Bharu: Seorang wanita berketurunan Siam parah pada lima jarinya selepas tangan kanannya tersepit dalam mesin pengisar ikan di rumahnya di Kampung Neting dekat Pengkalan Kubor, Tumpat, hari ini.

Dalam kejadian pada 3 petang itu, mangsa Rasmi a/p Ehnui, 26, dikatakan sedang melakukan kerja mengisar ikan untuk dijadikan bebola sebelum secara tiba-tiba sebelah tangannya tertarik masuk ke dalam mesin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor Raja Arisan Raja Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu selepas suami mangsa hadir ke balai bomba dan enam pegawai bomba dikejarkan ke rumah mangsa.

"Sebaik tiba di lokasi pada 3.09 petang, didapati tangan mangsa masih berada di dalam mesin dan jarinya sudah hancur.

"Pihak bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk membuang skru di bahagian mesin yang mana tangan kanan mangsa terlekat dan membawanya ke Klinik Kesihatan Neting untuk rawatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2 di sini untuk rawatan lanjut berikutan kecederaan parah yang dialaminya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 November 2020 @ 7:38 PM