ANTARA haiwan yang dipamerkan bersama kod QR. FOTO ihsan Big Tree
ANTARA haiwan yang dipamerkan bersama kod QR. FOTO ihsan Big Tree
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Big Tree, pakar media pengiklanan luaran, melancarkan kempen 'Ilustrasi Haiwan Malaysia' di sekitar Menara Berkembar Petronas, di sini, bagi memeriahkan bandar raya Kuala Lumpur dan mendidik orang awam mengenai haiwan Malaysia.

Big Tree dalam satu kenyataan berkata, paparan berwarna-warni menerusi pengiklanan luaran (OOH) bernama 'KLCC Snorkels' digunakan bagi membentuk galeri seni haiwan.

Sebanyak 12 haiwan dipamerkan termasuk harimau Malaya, gajah Borneo, tenuk Malaysia, kancil, penyu belimbing, Orang Utan, burung enggang badak, tenggiling, monyet Belanda, kubung, burung merak Pongsu, dan seladang.

ANTARA haiwan yang dipamerkan bersama kod QR. FOTO ihsan Big Tree
ANTARA haiwan yang dipamerkan bersama kod QR. FOTO ihsan Big Tree

Ketua Pegawai Eksekutif Big Tree, Shukor Ariffin berkata, idea di sebalik kempen itu adalah untuk menyedarkan dan mendidik masyarakat berhubung keunikan spesis fauna di Malaysia dengan cara yang kreatif dan menarik.

"Di samping itu, paparan itu bertujuan mempamerkan cara penggunaan media OOH dengan optimal melalui visual yang mencuri perhatian serta berwarna-warni.

"Ruang pengiklanan ini juga mampu mendorong masyarakat mengimbas kod QR untuk mengetahui lebih lanjut mengenai haiwan-haiwan yang dipamerkan di media ini.

"Berdasarkan keadaan semasa, kami berharap inisiatif ini dapat menggembirakan hari seseorang semasa mereka memandu atau berjalan melepasi media kami," katanya.

ANTARA haiwan yang dipamerkan bersama kod QR. FOTO ihsan Big Tree
ANTARA haiwan yang dipamerkan bersama kod QR. FOTO ihsan Big Tree

Menurut Shukor, kod QR individu pada visual setiap haiwan memberi peluang kepada Big Tree untuk memberi kesedaran dalam kalangan orang awam berhubung populasi, status pemuliharaan, habitat serta penerangan lain mengenai haiwan ini.

"Inisiatif ini datang dengan harapan agar rakyat Malaysia berbangga dengan haiwan yang berasal dari dalam negara.

"Ia juga berpotensi untuk mencetuskan minat mereka untuk membantu pemeliharaan haiwan dan habitat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 November 2020 @ 3:51 PM