POKOK tumbang yang menghempap bumbung sebuah garaj di Jalan Medan 23, Taman Medan, Petaling Jaya, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
POKOK tumbang yang menghempap bumbung sebuah garaj di Jalan Medan 23, Taman Medan, Petaling Jaya, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


Petaling Jaya: Hujan lebat berserta angin kuat menyebabkan sebatang pokok di Jalan Medan 23, Taman Medan, di sini, tumbang dan menghempap tiga kenderaan, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 7.44 malam.

"Seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba, kami mendapati sebatang pokok tumbang menghempap tiga kenderaan iaitu dua kereta Perodua Myvi dan Mazda 5 yang diletakkan di sebuah garaj di lokasi berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 November 2020 @ 9:53 PM