FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Padah ingkar dengan larangan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), penjaga premis makanan ditahan dalam pemeriksaan polis di Lebuh Pantai di sini, awal pagi hari ini.

Seramai lapan pelanggan lelaki turut dikompaun kerana berada dalam premis yang beroperasi melebihi masa yang ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kesemua pelanggan terbabit berusia antara 26 hingga 52 tahun.

Menurutnya, premis makanan yang menjalankan aktiviti hiburan muzikal itu juga didapati tidak mempunyai lesen.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No 8) 2020.

"Pelanggannya pula dikenakan tindakan mengikut Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.8) 2020 kerana berada dalam premis perniagaan yang beroperasi lebih had masa yang dibenarkan dalam tempoh PKPB," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 November 2020 @ 5:27 PM