KILANG plastik yang diserbu JAS Selangor dan MPK. FOTO FB Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
KILANG plastik yang diserbu JAS Selangor dan MPK. FOTO FB Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Noor Atiqah Sulaiman


Putrajaya: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) menggempur kilang haram di Telok Gong, Pelabuhan Klang, selepas dipercayai menjalankan aktiviti penghancuran dan cucian plastik terpakai.

Menteri Alam Sekitar, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi status di Facebooknya hari ini berkata, air sisa dibuang kilang haram itu ke alur air sehingga menyebabkan pencemaran.

"Tahniah, JAS Selangor! Operasi bersepadu JAS Selangor dan Majlis Perbandaran Klang menggempur kilang haram di Telok Gong. Kilang ini menjalankan aktiviti penghancuran dan cucian plastik terpakai.

"Air sisa dibuang ke alur air sehingga menyebabkan pencemaran," katanya.

Berikutan itu, kilang berkenaan kini disita mengikut peruntukan Seksyen 38(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) bagi penyiasatan berkuat kuasa 11 November lalu sehingga satu tarikh penarikan balik yang akan diberitahu kelak.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 November 2020 @ 11:38 AM