MPS melekatkan pita sita di premis disyaki. FOTO Ihsan LUAS
MPS melekatkan pita sita di premis disyaki. FOTO Ihsan LUAS
Ruwaida Md Zain


Shah Alam: Premis disyaki membuang efluen secara tidak sah ke lurang kumbahan (manhole) yang mencemari Loji Rawatan Kumbahan (LRK) IWK Taman Volex, Rawang, hingga mengakibatkan pencemaran bau, sudah disita.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam kenyataan dimuat naik di Facebook hari ini berkata, sitaan dibuat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan pihaknya turut mengeluarkan Surat Arahan Perintah Perlindungan Air di bawah Seksyen 122 Enakmen LUAS 1999 kepada premis berkenaan.

"Premis disyaki menyebabkan risiko dan ancaman kepada kualiti sumber air, maka pihak premis itu diarahkan supaya menjalankan kerja-kerja pemulihan dengan segera di tapak.

"LUAS juga akan mengeluarkan Surat Arahan kepada IWK (Indah Water Konsortium) di bawah Seksyen 121(1) Enakmen LUAS 1999 bagi tindakan penutupan aliran dan pembersihan serta-merta di LRK.

PEGAWAI penguat kuasa yang menjalankan siasatan terhadap henti tugas LRA, malam tadi. FOTO Ihsan LUAS
PEGAWAI penguat kuasa yang menjalankan siasatan terhadap henti tugas LRA, malam tadi. FOTO Ihsan LUAS

"Pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada lagi pencemaran (bau) berlaku di Sungai Selangor," kata kenyataan itu.

Semalam, LUAS bersama pihak berwajib menjalankan siasatan bersepadu bagi henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) utama akibat pencemaran bau di Sungai Selangor.

Kenyataan itu menyebut, tindakan penguakuasaan pada lewat malam menemui premis terbabit yang disyaki melakukan pembuangan efluen secara tidak sah sekali gus mencemari loji.

"Sisa dari premis berkenaan didapati menghasilkan bau yang sama di LRK dan LRA," katanya lagi.

Agensi penguatkuasaan yang terbabit adalah anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), MPS, Pejabat Daerah Tanah (PDT) Gombak dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor),

Berita berkaitan

Cemarkan Sungai Selangor, empat individu ditahan

Empat LRA Sungai Selangor beroperasi semula

84 lori tangki digerakkan ke kawasan terjejas air

Kerajaan Selangor mohon Pusat bantu isu pencemaran sungai

Polis buka kertas siasatan pencemaran bau di Sungai Selangor

Tindakan sabotaj mungkin punca pencemaran air [METROTV]

Gangguan bekalan air Lembah Klang mulai 6 petang ini

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2020 @ 10:56 AM