GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Sembilan kes dilaporkan positif Covid-19 di Kelantan hari ini menjadikan kes keseluruhan di negeri itu sebanyak 197 kes.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan, berkata sembilan mangsa terbaharu adalah saudara mara yang menjadi kontak rapat kes ke-186 iaitu seorang lelaki berusia 50-an.

Katanya, kesemua mangsa positif yang juga bersaudara itu dari Mukim Kubang Kerian dan Kota Bharu.

"Sembilan mangsa berkenaan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Hospital Tumpat.

"Setakat ini, empat zon kuning di Kelantan iaitu Machang, Jeli, Tanah Merah dan Kota Bharu. Manakala tiga kes dicatatkan sudah sembuh hari ini," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata pihaknya kini dalam proses mengesan kontak rapat kepada mangsa yang positif.

"Kita menasihatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelak penularan Covid-19," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 November 2020 @ 7:51 PM