Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Nurul Hidayah Bahaudin

Subang Jaya: "Sebelum kejadian, ayah ada menghubungi ibu sebanyak sembilan kali, namun panggilannya tidak dijawab kerana kami tidak perasan," ujar Farid Ridhuwan, 15, anak sulung kepada Allahyarham Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 41, mangsa nahas helikopter terhempas di Jalan Melawati, Ampang, semalam.

Farid berkata, ibunya, Wan Nani Fazlin Wan Mahmud, 44, cuba menghubungi ayahnya semula selepas itu namun gagal.

"Sebelum nahas helikopter antara jam 10 hingga 11 pagi semalam, ayah ada menghubungi ibu melalui panggilan telefon, namun tidak diangkat kerana ibu tidak perasan.

"Apabila ibu cuba menghubunginya semula, ayah tidak dapat dihubungi sebelum ibu melihat berita di Facebook berhubung helikopter terhempas," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, di sini, tadi.

Menurut Farid, kali terakhir dia bertemu ayahnya adalah pada malam sebelum kejadian.

"Ayah keluar rumah kira-kira jam 8 pagi. Sebaik saya bangun tidur, ayah sudah tiada di rumah.

FARID Ridhwan (kiri) dan Farhan Hasif (kanan) kelihatan sebak selepas pengebumian ayahnya iaitu mangsa helikopter terhempas Allahyarham Mohd Irfan Fikri di tanah perkuburan Subang USJ22 hari ini. FOTO BERNAMA
FARID Ridhwan (kiri) dan Farhan Hasif (kanan) kelihatan sebak selepas pengebumian ayahnya iaitu mangsa helikopter terhempas Allahyarham Mohd Irfan Fikri di tanah perkuburan Subang USJ22 hari ini. FOTO BERNAMA

"Jika diikutkan perancangan asal, kami sekeluarga sepatutnya pergi memancing petang semalam. Namun, ini pula yang terjadi.

"Memang agak sukar untuk kami sekeluarga menerima pemergian ayah kerana dia sentiasa ada di sisi kami.

"Bagi saya, dia seorang ayah yang kuat berusaha dan tidak pernah menunjukkan kesusahan dialaminya dalam membesarkan kami. Apa yang sering dilihat pada wajahnya hanyalah senyuman," katanya.

Terdahulu, jenazah Mohd Irfan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, di sini, jam 5 petang tadi.

Berita berkaitan

'Ayah hubungi ibu 9 kali namun...' - Anak mangsa

Jangan sebarkan video helikopter terhempas di media sosial

Nahas helikopter: Polis rakam keterangan 7 saksi

Nahas helikopter: 'Angah' tak pernah mengeluh jaga ibu

Nahas helikopter: Allahyarham Mohd Sabri selamat dikebumikan [METROTV]

Nahas helikopter: Jenazah Mohd Sabri akan dikebumikan di Batu Caves [METROTV]

'Bawak molek heli tu..' - Bapa Mohd Irfan Fikri

2 Helikopter tiada kotak hitam

Bangkai helikopter dibawa ke SAS Subang

Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga nahas helikopter

'(Arwah) Dalam beg, tak bagi tengok'

Ekor helikopter patah sebelum terhempas

Shira terkejut, ingatkan bunyi bom dan tanah runtuh

Nahas helikopter: Mangsa terselamat enggan diganggu

Helikopter jalani latihan penerbangan [METROTV]

Nahas helikopter: MOT akan jalankan siasatan teknikal [METROTV]

'Saya cam tangan dan jam arwah adik' [METROTV]

[UPDATE]: Mangsa nahas helikopter dikenal pasti [METROTV]

[UPDATE] Helikopter terhempas ketika ujian penerbangan [METROTV]

2 maut helikopter terhempas [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 November 2020 @ 7:51 PM