Mohamed Farid Noh


Johor Bahru: Empat suspek kes menyebabkan seorang anggota polis maut dalam kemalangan ketika mengejar penjenayah di Kampung Kangkar Tebrau, Ahad lalu, tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru, di sini, jam 8.50 pagi tadi.

Tiga suspek lelaki dan seorang suspek wanita yang dikawal ketat anggota polis itu dibawa masuk ke dalam mahkamah dengan bergari.

Tiga pertuduhan dijangka akan dikenakan terhadap suspek iaitu Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

Mereka juga dijangka akan dikenakan tuduhan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas polis.

EMPAT suspek termasuk seorang wanita yang terbabit dalam insiden menyebabkan kematian konstabel polis, Nicholester Dadup Unggat ketika mengejar penjenayah. FOTO Zain Ahmed
EMPAT suspek termasuk seorang wanita yang terbabit dalam insiden menyebabkan kematian konstabel polis, Nicholester Dadup Unggat ketika mengejar penjenayah. FOTO Zain Ahmed

Berita berkaitan:

  • Polis maut kejar penjenayah: 4 ditahan
  • Polis maut kejar penjenayah: Kereta suspek ditemui [METROTV]
  • 'Mendiang adik janji mahu belikan rumah untuk ibu' [METROTV]
  • Anggota polis maut ketika kejar penjenayah
  • Anggota polis maut kemalangan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2020 @ 9:38 AM