GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kota Bharu: Kerajaan Kelantan sudah membuat permohonan peruntukan sebanyak RM359.8 juta kepada kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi membina kemudahan baharu kegiatan sukan di Stadium Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Wan Roslan Wan Hamat berkata, peruntukan itu membabitkan pembinaan stadium utama, dua stadium mini dan stadium tertutup serba guna.

"Selain stadium, ia juga membabitkan pembinaan arena serba guna, padang bola, lapang sasar menembak dan memanah, kompleks skuasy dan tenis," katanya ketika menjawab soalan Saiful Adli Abu Bakar (PAS-Salor) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Pada masa yang sama, Wan Roslan berkata, kerajaan negeri juga akan membangunkan tempat rekreasi buat peminat aktiviti sukan lasak di Jelawang, Bukit Kudung, Jeli.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2020 @ 1:45 PM