Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Seorang individu rentung, manakala empat lagi terselamat selepas dua rumah dua tingkat terbakar di Lebuh Melaka di sini, hari ini.

Pada kejadian kira-kira 6 pagi itu, mangsa yang maut ditemui di atas lantai bangunan, namun identitinya masih belum dikenal pasti.

Kesemua mangsa yang terselamat adalah warga Indonesia.

Kebakaran turut menyebabkan rumah berkenaan hangus 80 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak Aazelan Hassan berkata, sebaik menerima panggilan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dan BBP Lebuh Pantai ke tempat kejadian.

Katanya, ketika ini, kerja mengeluarkan mayat masih dijalankan.

BOMBA menjalankan kerja memadam kebakaran. FOTO Ihsan Bomba
BOMBA menjalankan kerja memadam kebakaran. FOTO Ihsan Bomba

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Oktober 2020 @ 10:12 AM