GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
BERNAMA

Melaka: Seramai 69 mangsa daripada 19 keluarga di Jasin dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel berikutan limpahan air Sungai Ayer Panas.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, kesemua mangsa membabitkan 27 lelaki dan 42 perempuan, dipindahkan dari empat kampung di daerah berkenaan selepas hujan berterusan sejak semalam.

"Antara kampung yang terbabit adalah Kampung Lubuk Kasau dan Kampung Hulu Duyung di Bemban serta Kampung Parit Lampong dan Kampung Tanjung Laboh di Tehel.

"PPS SK Tehel mula dibuka pada 4.30 petang tadi berikutan paras air Sungai Ayer Panas dikatakan melimpah selepas hujan lebat berterusan sejak semalam," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Oktober 2020 @ 11:24 PM