ZULKIFLI (kanan) menasihatkan pemilik premis menggunakan cecair pencuci tangan yang di akui KKM. FOTO Mohd Rashidi Yusuf
ZULKIFLI (kanan) menasihatkan pemilik premis menggunakan cecair pencuci tangan yang di akui KKM. FOTO Mohd Rashidi Yusuf
Mohd Rashidi Yusuf

Gerik: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik kini membuat pemeriksaan dengan lebih kerap terutama di premis perniagaan yang dikunjungi ramai dalam usaha mencegah penularan Covid-19.

Ini berikutan pertambahan kes positif jangkitan wabak itu di negeri dan daerah berjiran seperti Baling, Kedah selain di Pengkalan Hulu yang bersempadan dengan daerah itu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, kekerapan pemeriksaan dibuat bagi memastikan pemilik premis perniagaan serta orang awam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Katanya, pihaknya tidak mahu kes positif Covid-19 yang berlaku di negeri dan daerah berjiran merebak di Gerik.

"Hari ini kita dapati hampir keseluruhan pemilik kedai dan orang ramai mematuhi SOP seperti pelitup muka, imbas MySejahtera atau bertulis dan penggunaan cecair pencuci tangan.

"Ini mungkin kesan daripada kekerapan pihak polis dan Rela membuat pemeriksaan dan menasihati orang ramai supaya mematuhi SOP," katanya selepas mengetuai pemeriksaan terhadap lebih 10 premis perniagaan, di sini, hari ini.

Zulkifli berkata, lebih 20 kompaun dikeluarkan dalam beberapa operasi sejak gelombang kedua penularan semula Covid-19.

"Tidak ada kes serius, hari ini kecuali pemakaian pelitup muka dengan cara tidak betul dan orang ramai diberi nasihat," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Oktober 2020 @ 8:32 PM