BOMBA melakukan operasi mengutip cebisan daging badan mangsa. FOTO ihsan Bomba
BOMBA melakukan operasi mengutip cebisan daging badan mangsa. FOTO ihsan Bomba
Balqis Jazimah Zahari


Gopeng: Lelaki maut dalam keadaan tragis apabila digilis kenderaan di Kilometer 295 Lebuhraya PLUS arah selatan di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng menerima panggilan kecemasan pada 3.54 pagi sebelum anggota bergegas ke lokasi.

"Sebaik jentera tiba di lokasi didapati terdapat seorang mangsa dalam keadaan badan berkecai digilis oleh kenderaan.

"Anggota melakukan pembersihan jalan dan mengumpul cebisan daging mangsa kemudian menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, anggota mengambil masa selama kira-kira dua jam bagi mengutip cebisan daging mangsa.

"Keseluruhan operasi berkenaan tamat pada jam 6.36 pagi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Oktober 2020 @ 11:46 AM