GAJAH yang ditangkap di Rancangan Kampung Pelang. FOTO Mohd Rashidi Yusuf
GAJAH yang ditangkap di Rancangan Kampung Pelang. FOTO Mohd Rashidi Yusuf
Mohd Rashidi Yusuf


Gerik: Seekor gajah jantan berumur kira-kira 14 tahun yang sering menghampiri rumah penduduk di Rancangan Kampung Pelang, dekat sini, ditangkap jam 10 pagi semalam.

Gajah itu ditangkap ketika sedang berkeliaran di ladang getah.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Yusoff Shariff berkata, sebelum ini gajah itu beberapa hari berkeliaran di sekitar ladang getah malah menghampiri rumah penduduk.

Katanya, haiwan itu merosakkan tanaman penduduk terutama pokok getah dan pisang.

"Kelibat gajah itu membimbangkan penduduk untuk ke kebun," katanya ketika dihubungi petang tadi.

Yusoff berkata, gajah itu dijangka dipindahkan ke Taman Negara, Pahang pada Sabtu nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2020 @ 10:44 PM