GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Baharom Che Bakar

Kuala Terengganu: Jabatan Kesihatan negeri (JKNT) mengajak orang ramai supaya mengisytiharkan peperangan menentang penularan Covid-19.

Pengarah JKNT, Dr Nor Azimi Yunus berkata, kemenangan dan kejayaan menentang Covid-19 boleh dicapai dengan kesepaduan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau berkata, pembudayaan norma baharu dalam komuniti antara faktor kemenangan akan tercipta.

"Seluruh masyarakat diingatkan agar tidak leka. Setakat ini, Terengganu masih mengekalkan sebanyak 157 kes positif dengan 35 kes aktif, " katanya melalui kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dr Nor Azimi berkata, daripada 157 kes positif, sebanyak 47 kes di daerah Besut dan Dungun, Kuala Terengganu (27), Kuala Nerus (15), Kemaman (sembilan), Setiu (lapan) dan empat di Marang.

Menurutnya, semua individu yang positif kini sedang dirawat di empat pusat kuarantin.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2020 @ 9:29 PM